tips suami pantau bayi cukup susu

Written on 08/13/2026
numommalaysia


 PENTING SUAMI BANTU CHECK BAYI CUKUP SUSU ATAU TAK PADA  AWAL KELAHIRAN.

  1. Tukar lampin bayi, terutamanya sepanjang cuti paterniti.

    Setiap kali tukar lampin, ayah boleh pantau corak kencing dan najis bayi.

  2. Perhatikan warna najis bayi.

    Apabila penyusuan berjalan dengan baik, najis bayi biasanya berubah daripada hitam (mekonium) kepada hijau, kemudian menjadi kuning mustard sekitar hari ke-4 atau ke-5.

  3. Pantau bilangan lampin basah.

    Selepas hari ke-5 kelahiran, kebanyakan bayi yang mendapat susu mencukupi akan menghasilkan sekurang-kurangnya 6 lampin basah sehari dengan air kencing berwarna kuning cair atau jernih.

  4. Observe fizikal bayi.

    Pastikan bayi aktif dan kulit bayi lembap sebagai tanda bayi cukup susu.

  5. Lindungi emosi mommies.

    Elak buat andaian, “Susu tak cukup kot…” hanya kerana bayi menangis. Sebaliknya, bantu isteri pantau semua di atas bila ada kerisauan susu seperti tidak cukup.